Assalamualaikum

Wednesday, October 1, 2014
Cerita Cuti
Walaupun masing-masing sibuk dengan kerja dan kerjaya,... penting juga untuk kita meluangkan masa dengan yang tercinta dan yang dikasihi... Sempena cuti pertengahan semester II ini,... kami menolak tepi semua perkara yang berkaitan dengan kerja ... PBS...PT3...SPM... hanya untuk satu minggu... masa untuk buah hati yang sering ditinggalkan... sorry sayang...umi dan walid selalu balik lambat.. Perjalanan ke Kundasang tidaklah memakan wang@kos beribu ringgit...memandangkan kami juga berkhidmat di Negeri Bawah Bayu ini... Tetapi apa yang penting adalah moment indah kami.......
Thursday, September 23, 2010
~Ku Mengharapkan RedhaMu Allah~
(Khamis - 10.01 p.m) = Aku sedikit buntu memikirkan sesuatu perkara hari ni,.. Aku sangat mengharapkan supaya diberikan peluang untuk menghargai seseorang yang disebut dan dipanggil sebagai hamba Allah di dunia ini,.. Secara fizikalnya, kami memang berbeza, tapi hakikatnya kami adalah sama di sisi Allah... Kadang aku keliru untuk mengambil sesuatu tindakan hanya kerana ingin menjaga hati dan perasaan orang lain,..yang mana perasaan dan keinginan itu tidak boleh aku biarkan ditepi... Secara hakikatnya, tiada apa yang menjadi benteng untuk kami bersatu, justeru aku sangat mengharapkan redhaMu Ilahi agar urusan kami dipermudahkan,.. Aku mengharapkan agar kami dilindungi daripada sebarang perkara Lagha,.. Aku juga memohon sepenuh hatiku agar diizinkan untuk menjadi sebahagian hidupnya menurut jalanMu Allah,.. Lindungilah kami dari sebarang kemaksiatan dan kemurkaanMu ya Allah,.. Telah Kau kurniakan kami satu perasaan Indah bagi seseorang hamba seperti kami, maka Kau redhailah kami ya Allah,.. Berikanlah juga keredhaan di hati kedua orang tua kami dan juga keluarga kami, andai benar kami ditakdirkan untuk saling memiliki,.. Lindungi kami ya Allah, lindungilah kami....Aku menyayanginya..
Monday, July 26, 2010
Allah Maha Adil dan Maha Penyayang

Friday, July 16, 2010
Trip Membuang Masa di K.Kinabalu

Tuesday, July 6, 2010
~Pusing Bangat~

Sunday, July 4, 2010
~SMK SEPULUT~
Sunday, June 20, 2010
20 Jun 2010
jam 3:27 pagi : kini berada di Hotel Traveller di Kota Kinabalu dan akan menyambung amanah yang diberi di SMK Sapulut, Nabawan. (ayat skema..heehe)..dah lama tak online. Agaknya dah berkudis dah blog ni..
Wednesday, April 21, 2010
26hb April 2010 (Isnin)-ke SABAH
Tinggal cuma beberapa hari sahaja saya di Semenanjung., InsyaAllah, minggu depan kalau dipanjangkan umur saya akan ke Sabah untuk berkhidmat sebagai seorang guru. Alhamdulillah, hampir setahun menunggu dapat juga menjadi apa yang diinginkan.. AMIn.. Buat keluarga, sahabat dan teman,.. doakan ye...YOK!!
Thursday, December 24, 2009
Alhamdulillah....
Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah, dan ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah" - IBNUL QAYYIM-
Terima Kasih Teman~
Subscribe to:
Posts (Atom)