Assalamualaikum

Monday, March 23, 2009

Terima kasih

Seorang sahabat telah menghantarkan mesej melalui YM:
Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan... Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi... Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani =)
sampai bila??.. hanya aku??...

Tuesday, March 10, 2009

~Salam Maulidur Rasul~

Maaf kepada kalian, saya terlambat mengucapkan selamat menyambut maulidur rasul.. Perkhidmatan internet semalam menyukarkan saya untuk postkan ucapan itu..(asyik reconnect aje)..
Kefahaman saya mengenai Maulidur rasul secara ringkasnya : Ia merupakan tarikh kelahiran baginda Rasulullah S.A.W (12 Rabiaul Awal) yang mana ia pula kini dikenali sebagai Maulid Nabi. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang. (Dipetik daripada Info Rabiul Awal dan Maulidur Rasul 1425 al-azim.com).... Peristiwa yang berlaku pada bulan Rabiul Awal : 1) Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah S.A.W 2) Perlantikan Nabi menjadi Rasul. 3) Hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah. 4) Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. 5) Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah S.A.W Terdapat beberapa lagi peristiwa yang berlaku pada bulan mulia Rabiul Awal. Boleh dirujuk di pautan (http://www.al-azim.com/masjid/rabiulawal/home.htm)

Wednesday, March 4, 2009

~Andai Itu TakdirNya...~

Saya baru selesai membaca sebuah novel yang sedikit sebanyak lafaz yang terkandung di dalamnya menyentuh sanubari.. Menghabiskan masa untuk membacanya selama 1 malam menyebabkan kepala saya sakit sebentar.. (Buku akademik tak habis baca lagi..hihihi).. Jalan kisahnya, dugaan yang ditempuhi, cinta agung dan nilai persahabatan menjadi tunggak utama yang melakar sebuah cerita,... sebuah drama mengenai percintaan dan persahabatan,.. yang diperlukan setiap makhluk yang bergelar manusia..

" Mama telah tersalah mencintai seorang lelaki. Mencintai lelaki yang tidak pernah mencintai mama. Mama alpa siapa diri mama. Rumput yang melata di Bumi ingin beriringan dengan bintang yang berkelip di langit.. pasti mustahilkah sayang?"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Dah sejauh ini kau berkayuh, janganlah kau berhenti lagi kerana jika kau terus berkayuh, kau pasti tidak akan jatuh."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Pergilah derita, pergilah. Biarkan pula mereka mengulit kasih yang mekar berbunga."
"Andai itu takdirNya yang harus ditempuhi sebelum menggapai bahagia, dia redha atas ketentuanNya".
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KESEKIAN KALI
Kesekian kali kini ku berdiri
Tulus hati dihadapanmu
Masih terus merayu dengarkan aku
Jalan yang berliku
Sepanjang hayatmu
Aku juga merasainya
Lantas aku mengerti dan memahami
Lihatlah ke dalam hatimu
Percikan cahaya
Yang akan membara
Menjadi penerang segala yang didepanmu
Lihatlah jua ke hatiku
Aku lah temanmu
Terimalah aku
Kita kan bersama mengharung dunia fana ini
Kesekian kali ku ulangi lagi
Tidak kan pudar keyakinanku
Yang kau akan berdiri atas kemuncak tinggi
**Cinta Allah, cinta agung**............