Assalamualaikum

Monday, July 26, 2010

Allah Maha Adil dan Maha Penyayang

"WANITA/PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARI TULANG RUSUK ATAS UNTUK MEMERINTAH, BUKAN DARI RUSUK BAWAH UNTUK DIPIJAK, TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAGIAN DADA DAN BERDEKATAN DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI DAN HATI YANG MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG" : Aku yakin dengan apa yang telah diatur oleh Allah ke atas hamba-hambaNya,.. aku bertawakkal dan memohon peluang untuk mengenali diri sendiri... Aku memohon supaya diterangkan hati untuk mengenalpasti kehendak di hati,.. Andai itu yang ditakdirkan, aku redha,... Aku mohon ya Allah,... andai ditakdirkan kehendak hatiku tidak sama dengan apa yang telah Engkau tetapkan,... jauhkan dia dariku dan jauhkan aku darinya... Amin...

Sunday, July 25, 2010

Jauhkan aku darinya,..dan jauhkannya dariku,.. jika bukan ditakdirkan....

Friday, July 16, 2010

Trip Membuang Masa di K.Kinabalu

JUMAAT - AHAD [ 16-18 ]. Kami berjalan-jalan keluar dari kawasan Nabawan dan Sepulut,.. Kepala pun dah buntu sebab tak keluar dari kawasan tu,...huhu... First place yang kami sampai adalah Hotel King Star... Aduh... setakat nak cari parking, jenuh nak kena tawaf bagunan tu beberapa kali... akhirnya kami dapat parking tapi di bangunan sebelah, tu pun kebetulan je kereta tu nak keluar...selepas check in, solat sekejap, kemudian kami cari makan dulu...huhu...lapar, pagi tadi cuma makan meehun je di sekolah... pastu bila order, dah tak ingat dah makna makan untuk mengalas perut atau makan ikut nafsu...huhu...nasib baik habis... kemudian kami ke One B (One Borneo)... kami makan shushi pulak...huhu..lepas tu masing-masing senak perut... kami pergi tengok wayang ramai-ramai pulak... cerita Ong Bak 3... cerita tu ganas dan kasar.. huhu...tak sanggup pulak nak tengok,.. nak keluar balik segan... lagi pun dah bayar...hehe...kemudian kami main bowling pulak....hampeh...nasib baik main dengan perempuan je....mata tak sampai 100 pun dalam 1 game... tak puas hati,...esok nak main lagi....huhu..bila balik hotel, solat. Kawan-kawan boleh pulak pergi beli KFC kat sebelah... Rupenye tak kenyang lagi... Malam-malam ni, buat minit mesyuarat... hu..Isnin ade meeting...hu...penat~

Tuesday, July 6, 2010

~Pusing Bangat~

Sedang menyiapkan dan mengemaskini fail persatuan Pendidikan Islam yang agak tidak lengkap disebabkan sejak awal tahun sehingga akhir bulan April tiada guru Pendidikan Islam. < saje je nak buka blog ni...'fresh'kan kepala sikit..huhu.. Tiba-tiba teringat kat kawan-kawan... :).. Kak Ain + ust jerong, (",), Rosmani, Wani, kak Eli, Kak Mah, Nana, Cik, Ahya dan kawan2 yang sentiasa memahami dan mengambil berat keadaan di sini..Syukran, terima kasih dan thank a lot!!

Sunday, July 4, 2010

~SMK SEPULUT~

Saje2 nak upload gambar ni...ni la gambar sekolah kami dari sudut hadapan dan atas...gambar oleh Cikgu Steve (ambl di fb)..:p