Assalamualaikum
Monday, January 19, 2009
Baca perlahan# dan hayatinya... :'(
20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya
comel tetapi nampak bodoh. Ali, suamiku memberinya nama Yusri. Semakin
lama semakin nampak jelas bahawa anak ini memang agak terkebelakang.
Saya berniat mahu memberikannya kepada orang lain saja supaya
dijadikan budak atau pelayan bila besar nanti. Namun Ali mencegah niat buruk itu. Akhirnya
terpaksa saya membesarkannya juga. Pada tahun kedua kelahiran Yusri, saya pun melahirkan pula seorang anak perempuan yang cantik. Saya menamakannya Yasmin. Saya sangat menyayangi Yasmin, begitu juga Ali. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah...
Namun tidak demikian halnya dengan Yusri. Ia hanya memiliki beberapa helai
pakaian lama. Ali berniat membelikannya, namun saya selalu melarang dengan alasan tiada wang. Ali terpaksa menuruti kata saya. Saat usia Yasmin 2 tahun, Ali meninggal dunia. Yusri sudah berumur 4 tahun ketika itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah.
Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya menyesal seumur
hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya bersama Yasmin. Saya
tinggalkan Yusri yang sedang tertidur lelap begitu saja.
Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu.
Saya menikah kembali dengan Kamal, seorang bujang. Usia pernikahan
kami menginjak tahun kelima. Berkat Kamal, sifat-sifat buruk saya
sepertipemarah, egois, dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit
menjadi lebih sabar dan penyayang. Yasmin sudah berumur 15 tahun dan
kami menyekolahkan dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi ingat
berkenaan Yusri dan tiada memori yang mengaitkan saya kepadanya.
Hinggalah le satu malam, malam di mana saya bermimpi mengenai seorang
anak.Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali. Dia melihat ke arah
saya. Sambil tersenyum dia berkata, "Makcik, makcik kenal mama saya?
Saya rindu sekali pada mama!"
Sesudah berkata demikian ia mulai pergi, namun saya menahannya,
"Tunggu..., saya rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai anak yang
manis?" "Nama saya Yusri, makcik."
"Yusri...? Yusri... Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Yusri???" Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai
perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga.
Tiba-tiba terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah
filem yang ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya
menyedari betapa jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu
mati saja saat itu. Ya, saya patut mati..., mati..., mati... Ketika tinggal seinci jarak pisau
yang ingin saya goreskan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan
Yusri melintas kembali di fikiran saya. Ya Yusri, mama akan menjemputmu Yusri, tunggu ya sayang !... Petang itu saya membawa dan memarkir kereta Civic biru saya di samping
sebuah pondok, dan ia membuatkan Kamal berasa hairan. Beliau menatap wajah
saya dan bertanya,
"Hasnah, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?"
"Oh, Kamal, kau pasti akan membenciku selepas saya menceritakan hal
yang saya lakukan dulu," Aku terus menceritakan segalanya dengan
terisak-isak... Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia memberikan
suami yang begitu baik dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari kereta dengan diikuti oleh Kamal dari belakang.
Mata saya menatap lekat pada gubuk yang terbentang dua meter dari hadapan saya. Saya mula
teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya tinggalkannya, Yusri..
Yusri... Di manakah engkau?
Saya meninggalkan Yusri di sana 10 tahun yang lalu. Dengan perasaan
sedih saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang
diperbuat daripada buluh itu... Gelap sekali... Tidak terlihat sesuatu
apapun di dalamnya! Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan dalam ruangan kecil itu. Namun saya tidak menemui sesiapapun
di dalamnya. Hanya ada sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil seraya mengamatinya dengan betul-betul... Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenalim potongan kain itu . Ini adalah
baju buruk yang dulu dipakai oleh Yusri setiap hari... Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah, sayapun keluar dari ruangan itu... Air mata saya mengalir dengan deras.
Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Kamal mulai
menaiki kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, saya melihat
seseorang berdiri di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana
saat itu gelap sekali. Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata ia seorang wani ta tua. Saya terkejut lagi
apabila dengan tiba-tiba dia menegur saya. Suaranya parau. "Heii...! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!" Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya, "Ibu, apakah ibu kenal dengan
seorang anak bernama Yusri yang dulunya tinggal di sini?" Ia menjawab, "Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan
terkutuk!!Tahukah kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Yusri terus menunggu ibunya dan memanggil, 'Mama..., mama!' Kerana tidak tahan
melihat keadaannya, kadang-kadang saya memberinya makan dan mengajaknya tinggal bersama saya.
Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah, namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu! Tiga bulan yang lalu Yusri meninggalkan sehelai kertas ini. Ia belajar menulis
setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu..." Saya pun membaca tulisan di kertas itu... "mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi...?
mama marah pada Yusri, ya? mama, biarlah Yusri yang pergi saja, tapi
mama harus berjanji mama tidak akan marah lagi pada Yusri." Saya
menjerit histeria membaca surat itu. "Tolong bagi tahu.. di mana dia sekarang? Saya
berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan meninggalkannya lagi!
Tolonglah cakap...!!!" Kamal memeluk tubuh saya yang terketar-ketar
dan lemah."Semua sudah terlambat (dengan nada lembut). Sehari sebelum
kamu datang, Yusri sudah meninggal dunia. Dia meninggal di belakang
pondok ini.tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi
menunggumu ia rela bertahan di belakang pondok ini tanpa berani masuk
ke dalamnya. Dia takut apabila mamanya datang, mamanya akan pergi lagi
apabila melihatnya ada di dalam sana ... Dia hanya berharap dapat
melihat mamanya dari belakang pondok ini... Meskipun hujan deras,
dengan keadaannya yang lemah ia terus berkeras menunggu kamu di sana .
Dosa kamu tidak akan terampun!" Saya kemudian pengsan dan tidak ingat
apa-apa lagi. Semoga menjadi pelajaran bagi kita sebagai orang tua
ataupun bagi yang akan berkahwin. Janganlah menyalahkan apa yang sudah
diberikan oleh Allah. Tetapi hargailah apa yang diberikan oleh Allah.
Dan cuba bersabar.Kerana DIA tidak akan memberikan sesuatu apapun
dengan sia-sia. moral - sayang i orang di sekitar anda. kita tidak tahu
siapa yang benar benar menyayangi kita...
sekadar hiburan..
assalamualaikum... dikala fikiran mulai runsing dengan situasi tertentu, saya gemar mendengar serta membaca sesuatu yang boleh membuatkan diri tersenyum..dan kali ini cerita dongeng ini telah diterima melalui email orang seorang sahabat.
(Nenek vs Monyet)_huhuhu.....
Tersebut lah cerita , ada seorang perempuan (petani) yang agak berumur, membawa barang dagangannya. Dia hanya menjual topi sahaja (dulukan orang menuai secara manual..'mengerat' orang Kedah kata, nak elak dari panas depa pakai topi ni ... diperbuat dari rumput 'menerung' kering..warna putih kelabu, bentuk dia nak macam topi Mr. Potato sket...)
Jalanlah dia dari rumah ke rumah menjual topinya sehingga dia sampai di sebuah kampung di pinggir hutan. Waktu sudah menjangkau tengahari 'rembang', jadi dia pun duduk berehat sebentar di bawah satu pokok yang besar lagi rendang. Topi untuk jualannya... diletakkan di sebelah sambil mengipas-ngipas badannya.
Kerana terlalu letih, dia tertidur di bawah pokok tersebut .. Tiba-tiba dia terdengar bunyi 'sqoh..sqeh. .sqoh..sqeh' . Maka dia terbangun .. Dia melihat sekelilingnya, dan terkejut beruk lah dia ...'aik!! mana pi topi aku semua?'. Wahhh..cam na ni, mesti kena marah ngan tokey nanti pasai topi hilang. Kemudian, dia dengar bunyi 'sqoh..sqeh.. .sqoh..sqeh' itu di atas pokok. Dia mendongak ke atas..."Ooooooo, makhluk ni rupanya yang curi topi aku".
Berpuluh-puluh ekor monyet di atas pokok tersebut, semua memakai topi itu seorang satu.. "Ishkk..cam na nak ambik balik ni"..fikir perempuan tersebut. Dia mengambil galah, dan menjolok- jolok ke atas..tidak juga dapat topinya. Dia hampir berputus asa. Tergaru-garu kepalanya
"..aik!!" Dia lihat monyet-monyet itu menirunya. Dia melompat, monyet itu pun turut melompat semua.. Jeng...jeng. .jenggg.. Dia mendapat satu idea.. Dia mengambil satu-satunya topi di atas kepalanya.., dan dia membaling topi tersebut ke tanah. Jadi, monyet-monyet itu turut membaling topi yang mereka pakai ke tanah.
Perempuan tersebut dapat semula semua topi-topinya... Selepas itu, setelah dia sudah balik ke kampung, dia pun menceritakan 'keterer an' dia itu kepada anaknya.
Waktu berlalu begitu pantas. Perempuan tersebut sudah menjadi nenek..namun dia tetap berbangga dengan 'ketereran' dia menipu monyet-monyet itu. Dia menceritakannya pula kepada cucunya. Hendak dijadikan cerita ,cucunya kurang pandai dalam sekolah. Jadi, dia juga menjual topi seperti neneknya dahulu.
Suatu hari, cucunya pergi menjual topi dikampung yang sama di daerah Kuala Nerang tersebut. Waktu t/hari, secara kebetulan dia pun berehat di bawah pokok yang sama. Kerana terlalu letih dia pun tertidur. Topi- topi yang ingin dijual diletakkan di tepinya. Setelah hampir petang, dia pun terjaga dari tidur.. "aikkkk!!! mana pi topi aku semua?" Dia pun terdengar bunyi 'sqoh..sqeh. .sqoh..sqehh' di atas pokok.... Monyet-monyet di situ telah mengambil topinya. Dia cuba berbagai cara untuk mendapatkan semula topi-topi tersebut. Akan tetapi ia tidak berhasil. Akhirnya, dia teringat akan cerita neneknya dahulu..
Kemudia dia cuba melakukan hal yang sama. Dia garu-garu kepala, monyet-monyet itu turut menggaru-garu kepala juga. Dia melompat, monyet-monyet itu turut melompat.. Dia pun mula rasa seronok.. Dalam hatinya, 'bodoh juga monyet-monyet ni..'..Lalu dia mengambil topi di atas kepalanya ..,lalu dia lempar ke tanah dengan harapan monyet-monyet itu meniru kelakuannya. "Aikkk !!!"
Monyet-monyet itu semua melihat ke arahnya... tidak ada seekor pun yang menirunya kali ini. Termangu dia sendirian.., tiba- tiba turun seekor anak monyet, tetapi sebelum dia turun, dia sangkut dahulu topi itu di atas ranting pokok tersebut. Anak monyet itu langsung mendekati telinga dia dan berbisik,
"hang ingat, hang aja ada nenekkkkkk.. .?"
Subscribe to:
Posts (Atom)