Assalamualaikum
Monday, January 19, 2009
sekadar hiburan..
assalamualaikum... dikala fikiran mulai runsing dengan situasi tertentu, saya gemar mendengar serta membaca sesuatu yang boleh membuatkan diri tersenyum..dan kali ini cerita dongeng ini telah diterima melalui email orang seorang sahabat.
(Nenek vs Monyet)_huhuhu.....
Tersebut lah cerita , ada seorang perempuan (petani) yang agak berumur, membawa barang dagangannya. Dia hanya menjual topi sahaja (dulukan orang menuai secara manual..'mengerat' orang Kedah kata, nak elak dari panas depa pakai topi ni ... diperbuat dari rumput 'menerung' kering..warna putih kelabu, bentuk dia nak macam topi Mr. Potato sket...)
Jalanlah dia dari rumah ke rumah menjual topinya sehingga dia sampai di sebuah kampung di pinggir hutan. Waktu sudah menjangkau tengahari 'rembang', jadi dia pun duduk berehat sebentar di bawah satu pokok yang besar lagi rendang. Topi untuk jualannya... diletakkan di sebelah sambil mengipas-ngipas badannya.
Kerana terlalu letih, dia tertidur di bawah pokok tersebut .. Tiba-tiba dia terdengar bunyi 'sqoh..sqeh. .sqoh..sqeh' . Maka dia terbangun .. Dia melihat sekelilingnya, dan terkejut beruk lah dia ...'aik!! mana pi topi aku semua?'. Wahhh..cam na ni, mesti kena marah ngan tokey nanti pasai topi hilang. Kemudian, dia dengar bunyi 'sqoh..sqeh.. .sqoh..sqeh' itu di atas pokok. Dia mendongak ke atas..."Ooooooo, makhluk ni rupanya yang curi topi aku".
Berpuluh-puluh ekor monyet di atas pokok tersebut, semua memakai topi itu seorang satu.. "Ishkk..cam na nak ambik balik ni"..fikir perempuan tersebut. Dia mengambil galah, dan menjolok- jolok ke atas..tidak juga dapat topinya. Dia hampir berputus asa. Tergaru-garu kepalanya
"..aik!!" Dia lihat monyet-monyet itu menirunya. Dia melompat, monyet itu pun turut melompat semua.. Jeng...jeng. .jenggg.. Dia mendapat satu idea.. Dia mengambil satu-satunya topi di atas kepalanya.., dan dia membaling topi tersebut ke tanah. Jadi, monyet-monyet itu turut membaling topi yang mereka pakai ke tanah.
Perempuan tersebut dapat semula semua topi-topinya... Selepas itu, setelah dia sudah balik ke kampung, dia pun menceritakan 'keterer an' dia itu kepada anaknya.
Waktu berlalu begitu pantas. Perempuan tersebut sudah menjadi nenek..namun dia tetap berbangga dengan 'ketereran' dia menipu monyet-monyet itu. Dia menceritakannya pula kepada cucunya. Hendak dijadikan cerita ,cucunya kurang pandai dalam sekolah. Jadi, dia juga menjual topi seperti neneknya dahulu.
Suatu hari, cucunya pergi menjual topi dikampung yang sama di daerah Kuala Nerang tersebut. Waktu t/hari, secara kebetulan dia pun berehat di bawah pokok yang sama. Kerana terlalu letih dia pun tertidur. Topi- topi yang ingin dijual diletakkan di tepinya. Setelah hampir petang, dia pun terjaga dari tidur.. "aikkkk!!! mana pi topi aku semua?" Dia pun terdengar bunyi 'sqoh..sqeh. .sqoh..sqehh' di atas pokok.... Monyet-monyet di situ telah mengambil topinya. Dia cuba berbagai cara untuk mendapatkan semula topi-topi tersebut. Akan tetapi ia tidak berhasil. Akhirnya, dia teringat akan cerita neneknya dahulu..
Kemudia dia cuba melakukan hal yang sama. Dia garu-garu kepala, monyet-monyet itu turut menggaru-garu kepala juga. Dia melompat, monyet-monyet itu turut melompat.. Dia pun mula rasa seronok.. Dalam hatinya, 'bodoh juga monyet-monyet ni..'..Lalu dia mengambil topi di atas kepalanya ..,lalu dia lempar ke tanah dengan harapan monyet-monyet itu meniru kelakuannya. "Aikkk !!!"
Monyet-monyet itu semua melihat ke arahnya... tidak ada seekor pun yang menirunya kali ini. Termangu dia sendirian.., tiba- tiba turun seekor anak monyet, tetapi sebelum dia turun, dia sangkut dahulu topi itu di atas ranting pokok tersebut. Anak monyet itu langsung mendekati telinga dia dan berbisik,
"hang ingat, hang aja ada nenekkkkkk.. .?"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment