Assalamualaikum

Thursday, December 24, 2009

Alhamdulillah....

Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah, dan ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah" - IBNUL QAYYIM- Terima Kasih Teman~

Thursday, November 26, 2009

Pemergian

Salam takziah buat keluarga maklong di atas pemergian bayi 5 bulan, Muhammad Ammar Hasiff...al-Fatihah...

Wednesday, September 30, 2009

Selamat hari raya Aidilfitri


Maaf zahir dan batin..:)

Monday, August 17, 2009

~Majlis Konvokesyen Fakulti Pendidikan UKM~

: Isnin : 17 Ogos 2009 :
: Sidang ke-5 : 7.30 pg :
: Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) :
: Majlis Konvokesyen (F.Pendidikan) Universiti Kebangsaan Malaysia ke-37 :

Saturday, August 15, 2009

Pesanan Buatku dan Sahabat "JODOH"-Renungkanlah sedalam-dalamnya..

Emel yang berbunyi :
"Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya orang itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah-tengah bandar raya. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan qabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing-masing padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. :::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: Seorang teman pernah berpesan.."Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa-rupanya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..' '
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."
Wassalam...

Thursday, August 13, 2009

~Kejayaan Bersama~

TAHNIAH BUAT SAHABAT
SELAMAT MERAIKAN KEJAYAAN KITA BERSAMA
BERSAMA-SAMA KITA MENUJU TAPAK KE HADAPAN DALAM DUNIA PEKERJAAN
SEMOGA KITA BAKAL MENJADI SEORANG GURU YANG AMANAH!!
INSYAALLAH.....
:

Sunday, July 26, 2009

mesej teman~

Jangan bersedih,cinta Allah dan Rasul menjamin kebahgiaan Jangan bersedih,redha dengan anugrah Allah akan membuat kita kaya di dunia Jangan bersedih,Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima taubat Jangan bersedih,semata-mata kita berbeza dengan orang lain kerana setiap kejadian manusia itu ada kelebihannya tersendiri Jangan bersedih,bila disakiti,dicela direndahkan atau dizalimi kerana setiap apa yang berlaku adalah dugaan yang Maha Esa Jangan bersedih,sesungguhnya setelah kesusahan ada kemudahan Jangan bersedih,kerana kesedihan kita akan membuatkan musuh kita gembira Jangan bersedih,atas perilaku manusia terhadapmu tetapi perhatikan perilaku mereka terhadap Allah
:
Sudah menjadi sejarah. Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan. Esok ~ Hari yang belum pasti. Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua. HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS: Nafas Naik. Nafas Turun. Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini. HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN : Hidup dalam keredhaan Allah. Hidup dalam kemurkaan Allah. HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT : Kekal di dalam neraka. Kekal di dalam syurga..

Wednesday, July 15, 2009

~Mesej Teman~

Sesungguhnya Allah amat mencintai hambaNya yang beribadah dalam mengenal diriNya kerana dicipta makhluk untuk Dia dikenali dan ibadah padaNya. Alam dan diri pada alam kasar ini adalah limpahan apa yang terkandung dalam ilmuNya. Memandang wujud diri tanpa syuhud dan tenggelam dalam wujud Allah adalah pohon segala dosa, ia adalah syirik membawa kepada kesesatan. Ilmunya ahli sunnah wal jamaah tetapi dalam pengamalan batinnya adalah muktazilah dan qadiriah. Segala seruan ilmu dakwah dan kebaikannya tidak akan membawa manusia dan dirinya pada Allah melainkan terhenti pada dirinya... akulah yang 'alim... akulah yang pandai... aku kuat... aku berpangkat... aku berharta dan aku...aku...aku... Tiada tersyuhud segala kejadian dalam kehidupan kepada Allah kerana terdinding kegelapan.....
: : :
Hati ibarat sepohon pokok yang kekeringan, suburkanlah ia dengan siraman zikrullah.. Pasti ianya mekar lantas membuahkan buah amal seranum halawatul iman.. Usah biarkan ianya layu dengan racun dunia.. Pagarilah ia dengan tembok puasa kerana puasa itu menundukkan nafsu serta mendidik jiwa.."

Tuesday, May 5, 2009

~Selamat tinggal UKM~

Selamat tinggal UKM....

Ketemu lagi di lain masa,..insyaAllah...

Monday, May 4, 2009

~Mesej 4 Mei 2009~

Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai. Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah. Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM. Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman..
***********THANKS TEMAN **************

Thursday, April 30, 2009

Tuesday, April 28, 2009

Selamat kepada bakal pengantin (Kak Ilah)...

Semoga bahagia ke anak cucu, hingga ke syurga ilahi...

Monday, April 27, 2009

~Mesej 27 April 2009~

Serahkan dirimu sepenuh hati padaNya....maka Allah akan memberi kekuatan sebagai ganti kelemahan..keamanan sebagai ganti ketakutan dan kecukupan sebagai ganti kemiskinan...`Kalam Dr Yusof Al-Qardhawi`
:
: Thanks teman :

Saturday, April 25, 2009

~Pemergian Wakwan~

Serentak dengan pemergian ayah kak Wana, pada 24 april 2009, jam 1.20 pagi, wakwan menghadap ilahi..
Mesej yang diberikan kepadaku tidak sampai... silap aku kerana hari itu, aku tidak bertanya khabar di rumah.. salah seorang yang terpenting dalam hidup ibu pergi..
Saat aku mengetahui, semuanya telah selesai dan aku dikehendaki terus berada di sini sehingga tamat semuanya dalam tempoh seminggu lagi...
Ah.. dalam tempoh ini agak banyak dugaan perasaan yang aku hadapi...
Teringat wakwan...
seorang pakcik yang sangat lemah lembut,... 8 tahun lalu, dia mengalami kemalangan yang sangat teruk hingga menyebabkan wajahnya hancur, badan sebelah kanan/ kiri lumpuh, hilang ingatan... hanya ingat nama ibuku sahaja.. kerana ibu adalah adik bongsu yang paling disayangi oleh 4 orang pakcikku yang sangat penyayang..
waktu itu, kami tidak menjangkakan hidupnya lama memandangkan keadaannya yang sebegitu...
Tapi begitulah kebesaran ALLAH... dia selamat, dan kuasa ALLAH juga, ingatannya kembali, dan kuasa ALLAH juga dia menjadi seorang yang lebih penyayang, manja dengan anak-anaknya... dia selalu tersenyum...sensitif dan segalanya membuatkan kami sangat sayang padanya,...
Dan kuasa ALLAH juga, dia dibawa ke sana secara tiba-tiba kerana penyakit darah tinggi..
semuanya membuatkan aku terfikir, begitu mudah manusia akan kembali menghadap ilahi... aku... entah bila.. saat ini aku sangat merasakan keinsafan.. aku manusia dan hamba yang sangat tidak sempurna, lalai, hina...

Friday, April 24, 2009

Egokah aku???

Seorang ayah mematikan segala egonya dengan meminta maaf dengan anaknya... Tanpa apa kesalahan yang dibuat...
Egokah aku sebagai seorang anak?... ya Tuhan... sungguh aku manusia paling beruntung di dunia kerana memilikinya...
Aku dijaga penuh kasih sayang dan keperihatinan
Aku merindu ayah... syukur alhamdulillah..

~Doa Takziah buat Kak Wana~

Sedekahkan al-Fatihah buat ayahanda sahabat, Salwana binti Yusof yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 1 pagi (24 April 2009). Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
**Al-Fatihah**

~Mesej 22 April 2009~

Kadang2 Allah patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita...
DIA patahkan hati kita untuk membuatkan hati kita bersemangat...
DIA memberi kita sakit supaya kita menjadi kuat...
DIA memberi kita kegagalan untuk membuatkn kita rendah diri...
DIA menghantar penyakit supaya kita boleh belajar menghargai segala nikmat yang diberi oleh-Nya......hayatilah pemberian dr ALLAH S.W.T..
********************
Thank's a lot teman :)

Tuesday, April 14, 2009

Selamat Menjawab Exam!!!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Ya Allah sinarilah hati kami dengan petunjukMu, sebagaimana Engkau telah menyinari Bumi, dengan cahaya matahariMu selama-lamanya, dengan rahmatMu wahai Allah yang Maha Penyayang.. ** Selamat menjawab peperiksaan buat sahabat-sahabat**

Wednesday, April 8, 2009

~Emel Seorang Teman~

~Emel seorang teman~
***************************
Ku minta daripada TUHAN setangkai bunga segar,
DIA beri kaktus berduri..
Ku minta kupu-kupu,diberi ulat berbulu..
Ku sedih & kecewa, namun kmudian, kaktus itu berbunga,
Indah sekali..
:
Dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang cantik..
Itulah jalan TUHAN, indah apabila tiba masanya..
DIA tak memberi apa yang kita harapkan,
Tetapi DIA beri apa yang kita perlukan...
Kadang-kadang kita sedih, kecewa, terluka, tapi jauh di atas segalanya DIA telah mngatur yang terbaik dalam kehidupan kita..
Diberi kepahitan sebelum kemanisan..
Sekadar utk mnguji kekuatan iman.."
** 2 April 2009**

Saturday, April 4, 2009

~Bila Diri Disayangi~

UK's
Bila Diri Disayangi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentera
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu
:
Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan Kasih merubah takdir
:
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku Kembali dipandu
:
Engkau yang pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu Ku berserah diri
**Terima kasih kawan....

Wednesday, April 1, 2009

~Ketika Cinta Bertasbih~

Sebuah lagi penulisan oleh Habiburrahman El-Shirazy selepas kejayaan Ayat-ayat Cinta....
~TUHAN BERIKAN AKU CINTA ~
: Song by Ayushita :
******************************

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa
:
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
:
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta
:
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta
:
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
:
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta
:
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta
** Tersentuh**
p/s : kawan2.. kalau ade buku ni nak pinjam ek...he~

Monday, March 23, 2009

Terima kasih

Seorang sahabat telah menghantarkan mesej melalui YM:
Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan... Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi... Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani =)
sampai bila??.. hanya aku??...

Tuesday, March 10, 2009

~Salam Maulidur Rasul~

Maaf kepada kalian, saya terlambat mengucapkan selamat menyambut maulidur rasul.. Perkhidmatan internet semalam menyukarkan saya untuk postkan ucapan itu..(asyik reconnect aje)..
Kefahaman saya mengenai Maulidur rasul secara ringkasnya : Ia merupakan tarikh kelahiran baginda Rasulullah S.A.W (12 Rabiaul Awal) yang mana ia pula kini dikenali sebagai Maulid Nabi. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang. (Dipetik daripada Info Rabiul Awal dan Maulidur Rasul 1425 al-azim.com).... Peristiwa yang berlaku pada bulan Rabiul Awal : 1) Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah S.A.W 2) Perlantikan Nabi menjadi Rasul. 3) Hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah. 4) Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. 5) Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah S.A.W Terdapat beberapa lagi peristiwa yang berlaku pada bulan mulia Rabiul Awal. Boleh dirujuk di pautan (http://www.al-azim.com/masjid/rabiulawal/home.htm)

Wednesday, March 4, 2009

~Andai Itu TakdirNya...~

Saya baru selesai membaca sebuah novel yang sedikit sebanyak lafaz yang terkandung di dalamnya menyentuh sanubari.. Menghabiskan masa untuk membacanya selama 1 malam menyebabkan kepala saya sakit sebentar.. (Buku akademik tak habis baca lagi..hihihi).. Jalan kisahnya, dugaan yang ditempuhi, cinta agung dan nilai persahabatan menjadi tunggak utama yang melakar sebuah cerita,... sebuah drama mengenai percintaan dan persahabatan,.. yang diperlukan setiap makhluk yang bergelar manusia..

" Mama telah tersalah mencintai seorang lelaki. Mencintai lelaki yang tidak pernah mencintai mama. Mama alpa siapa diri mama. Rumput yang melata di Bumi ingin beriringan dengan bintang yang berkelip di langit.. pasti mustahilkah sayang?"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Dah sejauh ini kau berkayuh, janganlah kau berhenti lagi kerana jika kau terus berkayuh, kau pasti tidak akan jatuh."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Pergilah derita, pergilah. Biarkan pula mereka mengulit kasih yang mekar berbunga."
"Andai itu takdirNya yang harus ditempuhi sebelum menggapai bahagia, dia redha atas ketentuanNya".
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KESEKIAN KALI
Kesekian kali kini ku berdiri
Tulus hati dihadapanmu
Masih terus merayu dengarkan aku
Jalan yang berliku
Sepanjang hayatmu
Aku juga merasainya
Lantas aku mengerti dan memahami
Lihatlah ke dalam hatimu
Percikan cahaya
Yang akan membara
Menjadi penerang segala yang didepanmu
Lihatlah jua ke hatiku
Aku lah temanmu
Terimalah aku
Kita kan bersama mengharung dunia fana ini
Kesekian kali ku ulangi lagi
Tidak kan pudar keyakinanku
Yang kau akan berdiri atas kemuncak tinggi
**Cinta Allah, cinta agung**............

Friday, February 20, 2009

~ Sesi Bergambar ~

Graduan Pendidikan Al-Quran (2005/2006), UKM
20 Februari 2009
Jumaat : 10 pagi
Dataran Canselori, UKM
: Gambar kurang jelas :

: Sebahagian daripada pelajar perempuan :

Wednesday, February 4, 2009

Kalau malas ketawa..senyum pun jadilah.... (release tension,..penat!)

Cerita 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..
Cerita 2
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci .........
Cerita 3
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawannya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu.
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja. Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear. Kawan Tok Batin : ????????

Cerita 4
Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi. polis : selamat pagi . apa hal ? orang asli : saya nak buat report. polis : fasal apa tu ? orang asli : kawan saya di baham harimau . polis : pukul berapa ? orang asli : dia tak pukul, terkam . polis : habis? orang asli : tak habis, tinggal kepala .
Cerita 5
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum? Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir. Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum? Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Monday, February 2, 2009

: Kisah Setia Seorang Sahabat di Malam Raya :

Kisah ini merupakan email yang diterima daripada seorang sahabat. Diharap ia dapat memberikan pen gajaran dan pengertian kepada sesiapa sahaja mengenai 'persahabatan..

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara.Tahun ni, dapat jugak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik, kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye? Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim. Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar diluar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. "Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apakau buat tepi jalan malam-malam camni?" Raiz bersuara sambil memeluk Naim yangterkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah.. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu?Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz. Naim kelihatan murung."Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik."Cadangnya gitulah!"" Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja."Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la! boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati."Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang."Inilah! nasib aku malang betul Iz, lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim."Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim teresak-esak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang ."Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! mati pun diorang mesti tak ambil peduli!"Suara Naim sedikit tinggi. "Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim!"Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat macam mana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki.. Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!"Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur.."Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!" Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya."Eh? Kenapa pulak diorang marah ni?Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan, ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah."Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah! "Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah."Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?""Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada.." terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampaikan padanya. Terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi."Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman disana ! ** : Ambil Iktibar dan menghargai apa yang ada di hadapan mata... SAHABAT!!.. :

Sunday, February 1, 2009

~Cinta Pertama~

Mekar di kamar hati cinta pertama
Engkau ciptaan seni idaman kasih
Antara bibir tersiratnya pekerti
Kelembutan yang mendamaikan jiwa
Bermula kau di sini penentu bicara
Kalam kebenaran tiada berdusta
Dirimu berharga dari segala-galannya
Bertakhta keimanan untuk dipertahankan
Hadirlah cinta cinta pertama
Hadirlah cinta cinta utama
Sayangi diri ini cinta cinta pertama
Hati ini cinta cinta pertama
Tiada sia-sia menyintai diri
Sempurna sejahtera
Lirik/lagu : Amar Sabda
Album : Cinta Pertama
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com

Ayah dan Ibu

Saat kakiku menjejak ke lantai bas, fikiran melayang ke suasana di rumah.. Alangkah beratnya hati memikirkan ibu dan ayah bersendirian menjaga si kecil sambil mencari sesuap nasi untuk kami. Sakit dan peritnya mereka tidak dirasai, tetapi hati tersentuh ketika melihat usahanya. Tidak dapat dibayangkan bagaimana mereka bertahan setiap hari. Bangun pagi, menyiapkan bahan acuan untuk menjual apam balik, kemudian berniaga sehingga ke petang, dan apabila pulang, mereka membersihkan peralatan yang digunakan. Kemudian mak memasak, ayah pula menjaga si kecil..alangkah penatnya..tapi semangat mereka kuat, sehingga kadangkala aku menitis air mata.. Mereka bersendirian..Oh ayah, ibu!!.. anakanda sedang berusaha memberi kebahagiaan untuk kalian..

Monday, January 19, 2009

Baca perlahan# dan hayatinya... :'( 20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya comel tetapi nampak bodoh. Ali, suamiku memberinya nama Yusri. Semakin lama semakin nampak jelas bahawa anak ini memang agak terkebelakang. Saya berniat mahu memberikannya kepada orang lain saja supaya dijadikan budak atau pelayan bila besar nanti. Namun Ali mencegah niat buruk itu. Akhirnya terpaksa saya membesarkannya juga. Pada tahun kedua kelahiran Yusri, saya pun melahirkan pula seorang anak perempuan yang cantik. Saya menamakannya Yasmin. Saya sangat menyayangi Yasmin, begitu juga Ali. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah... Namun tidak demikian halnya dengan Yusri. Ia hanya memiliki beberapa helai pakaian lama. Ali berniat membelikannya, namun saya selalu melarang dengan alasan tiada wang. Ali terpaksa menuruti kata saya. Saat usia Yasmin 2 tahun, Ali meninggal dunia. Yusri sudah berumur 4 tahun ketika itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah. Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya bersama Yasmin. Saya tinggalkan Yusri yang sedang tertidur lelap begitu saja. Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu. Saya menikah kembali dengan Kamal, seorang bujang. Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima. Berkat Kamal, sifat-sifat buruk saya sepertipemarah, egois, dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Yasmin sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi ingat berkenaan Yusri dan tiada memori yang mengaitkan saya kepadanya. Hinggalah le satu malam, malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak.Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali. Dia melihat ke arah saya. Sambil tersenyum dia berkata, "Makcik, makcik kenal mama saya? Saya rindu sekali pada mama!" Sesudah berkata demikian ia mulai pergi, namun saya menahannya, "Tunggu..., saya rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai anak yang manis?" "Nama saya Yusri, makcik." "Yusri...? Yusri... Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Yusri???" Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga. Tiba-tiba terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya menyedari betapa jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu. Ya, saya patut mati..., mati..., mati... Ketika tinggal seinci jarak pisau yang ingin saya goreskan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan Yusri melintas kembali di fikiran saya. Ya Yusri, mama akan menjemputmu Yusri, tunggu ya sayang !... Petang itu saya membawa dan memarkir kereta Civic biru saya di samping sebuah pondok, dan ia membuatkan Kamal berasa hairan. Beliau menatap wajah saya dan bertanya, "Hasnah, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?" "Oh, Kamal, kau pasti akan membenciku selepas saya menceritakan hal yang saya lakukan dulu," Aku terus menceritakan segalanya dengan terisak-isak... Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia memberikan suami yang begitu baik dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari kereta dengan diikuti oleh Kamal dari belakang. Mata saya menatap lekat pada gubuk yang terbentang dua meter dari hadapan saya. Saya mula teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya tinggalkannya, Yusri.. Yusri... Di manakah engkau? Saya meninggalkan Yusri di sana 10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang diperbuat daripada buluh itu... Gelap sekali... Tidak terlihat sesuatu apapun di dalamnya! Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan dalam ruangan kecil itu. Namun saya tidak menemui sesiapapun di dalamnya. Hanya ada sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil seraya mengamatinya dengan betul-betul... Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenalim potongan kain itu . Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Yusri setiap hari... Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah, sayapun keluar dari ruangan itu... Air mata saya mengalir dengan deras. Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Kamal mulai menaiki kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, saya melihat seseorang berdiri di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana saat itu gelap sekali. Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata ia seorang wani ta tua. Saya terkejut lagi apabila dengan tiba-tiba dia menegur saya. Suaranya parau. "Heii...! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!" Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya, "Ibu, apakah ibu kenal dengan seorang anak bernama Yusri yang dulunya tinggal di sini?" Ia menjawab, "Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan terkutuk!!Tahukah kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Yusri terus menunggu ibunya dan memanggil, 'Mama..., mama!' Kerana tidak tahan melihat keadaannya, kadang-kadang saya memberinya makan dan mengajaknya tinggal bersama saya. Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah, namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu! Tiga bulan yang lalu Yusri meninggalkan sehelai kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu..." Saya pun membaca tulisan di kertas itu... "mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi...? mama marah pada Yusri, ya? mama, biarlah Yusri yang pergi saja, tapi mama harus berjanji mama tidak akan marah lagi pada Yusri." Saya menjerit histeria membaca surat itu. "Tolong bagi tahu.. di mana dia sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap...!!!" Kamal memeluk tubuh saya yang terketar-ketar dan lemah."Semua sudah terlambat (dengan nada lembut). Sehari sebelum kamu datang, Yusri sudah meninggal dunia. Dia meninggal di belakang pondok ini.tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu ia rela bertahan di belakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya. Dia takut apabila mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam sana ... Dia hanya berharap dapat melihat mamanya dari belakang pondok ini... Meskipun hujan deras, dengan keadaannya yang lemah ia terus berkeras menunggu kamu di sana . Dosa kamu tidak akan terampun!" Saya kemudian pengsan dan tidak ingat apa-apa lagi. Semoga menjadi pelajaran bagi kita sebagai orang tua ataupun bagi yang akan berkahwin. Janganlah menyalahkan apa yang sudah diberikan oleh Allah. Tetapi hargailah apa yang diberikan oleh Allah. Dan cuba bersabar.Kerana DIA tidak akan memberikan sesuatu apapun dengan sia-sia. moral - sayang i orang di sekitar anda. kita tidak tahu siapa yang benar benar menyayangi kita...

sekadar hiburan..

assalamualaikum... dikala fikiran mulai runsing dengan situasi tertentu, saya gemar mendengar serta membaca sesuatu yang boleh membuatkan diri tersenyum..dan kali ini cerita dongeng ini telah diterima melalui email orang seorang sahabat. (Nenek vs Monyet)_huhuhu..... Tersebut lah cerita , ada seorang perempuan (petani) yang agak berumur, membawa barang dagangannya. Dia hanya menjual topi sahaja (dulukan orang menuai secara manual..'mengerat' orang Kedah kata, nak elak dari panas depa pakai topi ni ... diperbuat dari rumput 'menerung' kering..warna putih kelabu, bentuk dia nak macam topi Mr. Potato sket...) Jalanlah dia dari rumah ke rumah menjual topinya sehingga dia sampai di sebuah kampung di pinggir hutan. Waktu sudah menjangkau tengahari 'rembang', jadi dia pun duduk berehat sebentar di bawah satu pokok yang besar lagi rendang. Topi untuk jualannya... diletakkan di sebelah sambil mengipas-ngipas badannya. Kerana terlalu letih, dia tertidur di bawah pokok tersebut .. Tiba-tiba dia terdengar bunyi 'sqoh..sqeh. .sqoh..sqeh' . Maka dia terbangun .. Dia melihat sekelilingnya, dan terkejut beruk lah dia ...'aik!! mana pi topi aku semua?'. Wahhh..cam na ni, mesti kena marah ngan tokey nanti pasai topi hilang. Kemudian, dia dengar bunyi 'sqoh..sqeh.. .sqoh..sqeh' itu di atas pokok. Dia mendongak ke atas..."Ooooooo, makhluk ni rupanya yang curi topi aku". Berpuluh-puluh ekor monyet di atas pokok tersebut, semua memakai topi itu seorang satu.. "Ishkk..cam na nak ambik balik ni"..fikir perempuan tersebut. Dia mengambil galah, dan menjolok- jolok ke atas..tidak juga dapat topinya. Dia hampir berputus asa. Tergaru-garu kepalanya "..aik!!" Dia lihat monyet-monyet itu menirunya. Dia melompat, monyet itu pun turut melompat semua.. Jeng...jeng. .jenggg.. Dia mendapat satu idea.. Dia mengambil satu-satunya topi di atas kepalanya.., dan dia membaling topi tersebut ke tanah. Jadi, monyet-monyet itu turut membaling topi yang mereka pakai ke tanah. Perempuan tersebut dapat semula semua topi-topinya... Selepas itu, setelah dia sudah balik ke kampung, dia pun menceritakan 'keterer an' dia itu kepada anaknya. Waktu berlalu begitu pantas. Perempuan tersebut sudah menjadi nenek..namun dia tetap berbangga dengan 'ketereran' dia menipu monyet-monyet itu. Dia menceritakannya pula kepada cucunya. Hendak dijadikan cerita ,cucunya kurang pandai dalam sekolah. Jadi, dia juga menjual topi seperti neneknya dahulu. Suatu hari, cucunya pergi menjual topi dikampung yang sama di daerah Kuala Nerang tersebut. Waktu t/hari, secara kebetulan dia pun berehat di bawah pokok yang sama. Kerana terlalu letih dia pun tertidur. Topi- topi yang ingin dijual diletakkan di tepinya. Setelah hampir petang, dia pun terjaga dari tidur.. "aikkkk!!! mana pi topi aku semua?" Dia pun terdengar bunyi 'sqoh..sqeh. .sqoh..sqehh' di atas pokok.... Monyet-monyet di situ telah mengambil topinya. Dia cuba berbagai cara untuk mendapatkan semula topi-topi tersebut. Akan tetapi ia tidak berhasil. Akhirnya, dia teringat akan cerita neneknya dahulu.. Kemudia dia cuba melakukan hal yang sama. Dia garu-garu kepala, monyet-monyet itu turut menggaru-garu kepala juga. Dia melompat, monyet-monyet itu turut melompat.. Dia pun mula rasa seronok.. Dalam hatinya, 'bodoh juga monyet-monyet ni..'..Lalu dia mengambil topi di atas kepalanya ..,lalu dia lempar ke tanah dengan harapan monyet-monyet itu meniru kelakuannya. "Aikkk !!!" Monyet-monyet itu semua melihat ke arahnya... tidak ada seekor pun yang menirunya kali ini. Termangu dia sendirian.., tiba- tiba turun seekor anak monyet, tetapi sebelum dia turun, dia sangkut dahulu topi itu di atas ranting pokok tersebut. Anak monyet itu langsung mendekati telinga dia dan berbisik, "hang ingat, hang aja ada nenekkkkkk.. .?"